| Home | Sekilas | Vibilitas | Hisab-Rukyat | Kalender | Gerhana | JadwalShalat | Kiblat | Artikel | Links | Galeri | Software | Tamu |

HAFAR 1427 H

 

 

Artikel :

GERHANA KEMBAR

 

ISU ISU AKIDAH DALAM FALAK SYAR’I[1]

 Syed Kamarulzaman b Syed Kabeer Al Hussaini

Naib Yang DiPertua Persatuan Falak Syar’I Malaysia

Pengenalan

Kertas kerja ini adalah hasil kerja satu projek yang telah dimulakan oleh penulis tahun dahulu. Projek ini telah dimulakan kerana begitu banyak minat dan persoalan yang timbul dengan berlakunya fenomena gerhana berpasangan, iaitu gerhana suria dan bulan berlaku dalam satu bulan Hijri, pada bulan Ramadan tahun 1424H. Ramai  yang menganggap fenomena ini sebagai mukjizat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah. Ada pula yang menggaitkan fenomena itu dengan kemunculan Imam Mahdi. 

Penulis tertarik untuk menyiasatkan perkara ini dengan lebih lanjut untuk memahami samaada fenomena gerhana  berpasangan ini pernah berlaku dalam sejarah Islam dan bila pula ianya akan berlaku lagi didalam masa akan datang. 

Objektif Projek

 Objektif projek ini adalah untuk: 

  1. Menyiasat sama ada berlakunya gerhana berpasangan dalam bulan Ramadan adalah suatu kejadian yang jarang berlaku atau mustahil.

  2. Menentukan berapa kali  gerhana berpasangan berlaku dalam bulan Ramadan dan dapat kelihatan di Makkah.

  3. Meramalkan bila gerhana berpasangan yang berikutnya akan kelihatan di Makkah.

 

Riwayat mengenai Gerhana Berpasangan  

Mengikut Professor Karim D Crow[2], ada sedikit sahaja Hadis, mengenai fenomena falak. Satu Hadis , yang sering dirujuk mengenai ramalan kemunculan Imam Mahdi, diriwayatkan oleh Imam Abu Jafar Muhammad al Baqir dan Abu Abdallah Ja’far al Sadiq saperti berikut:

 

“Akan berlaku dua tanda sebelum kedatangan Al Qa’im yang tidak pernah berlaku semenjak Adam(as) turun ke bumi; Suri akan gerhana in pertengahan bulan Ramadan and bulan pada akhir bulan itu.”

 

Seorang lelaki yang hadir telah menanyakan:” Wahai anak RasulAllah, bukankah suria gerhana sepatutnya pada akhir bulan dan gerhana bulan pada pertengahan bulan?!”

 

Al Baqir pun menjawab:” Saya tahu apa yang kau katakana, tetapi gerhana berpasangan itu adalah tanda yang tidak pernah berlaku semenjak Adam(as) turun”

 

Mengikut Muhaditheen[3], Hadis ini da’if kerana sanadnya tidak lengkap dan ada diantara perawinya lemah dan tidak boleh dipercayai.

Pendakwa dan Penuntut Al Mahdi dalam Sejarah

Telah ramai orang yang mendakwa diri mereka Al Mahdi dengan menggaitkan diri mereka dengan gerhana berpasangan yang terjadi pada zaman mereka hidup. Satu senarai nama mereka dan maklumat gerhana berpasangan yang berkaitan telah dibuat oleh satu organisasi Islam[4], Idara Dawat-O-Irshad, USA saperti berikut: 

Bil

Gerhana

Tarikh Masehi

Tarikh Hijri

Nama Pendakwa

Komen

1

Bulan

11-7-743

14Ramadan 125

Saleh bin Tarif

Burghwati

Telah mendakwa dirinya Mahdi dan Nabi. Dapat memerintah pengikutnya selama 47 tahun. Kemudian menyerahkan taktanya kepada anaknya.

 

Suria

25-7-743

28Ramadan 125

 

 

 

2

Bulan

13-7-1851

13 Ramadan 1267

Mirza Ali Muhammad

Bab

Telah mendakwa dirinya Al Mahdi. Pergerakkannya masih wujud tetapi telah berpecah  dua iaitu Bab dan Bahai.

 

Suria

28-07-1851

28 Ramadan 1267

 

Mereka tidak lagi mendakwa diri mereka Muslim.

 

3

Bulan

15-11-1872

13 Ramadan 1289

Hussain Ali

Bahaullah

Mendakwa dirinya Mahdi untuk semua agama dan seorang Nabi. Pengikutnya tidak lagi mendakwa mereka Muslim.

 

Suria

30-11-1872

28 Ramadan 1289

 

Gerhana berpasangan tahun Masehi 1829.1830,1851 dan 1873 juga boleh di tuntut olehnya.

 

4

Bulan

4-11-1873

13 Ramadan 1290

Mahdi Sudani

Mendakwa dirinya Al Mahdi. Telah memulakan satu gerakan yang berjaya untuk melawan penjajahan British di Sudan

 

Suria

20-11-1873

29 Ramadan 1290

 

 

 

5

Bulan

21-3-1894

13 Ramadan1311

Mirza Ghulam Ahmad

Mendakwa dirinya Al Mahdi dan Nabi. Pengikutnya dikenali sebagai Qadiani.

 

Suria

6-04-1894

 

29 Ramadan 1311

 

 

 

Orang yang paling akhir mendakwa dirinya AlMahdi ialah Ghulam Ahmad. Golongan Qadiani menonjolkan kejadian gerhana berpasangan yang terjadi pada tahun 1894, iaitu pada masa Ghulam Ahmad hidup di Qadian, India. Mereka mendakwa[5] bahawa kejadian saperti ini belum pernah berlaku didalam sejarah alam ini. Ini adalah tidak benar sekali kerana kajian ini telah membuktikan bahawa kejadian gerhana berpasangan pernah berlaku banyak kali sebelum masa Ghulam Ahmad dan juga akan berlaku banyak kali lagi selepas zamannya.

Kaum Qadiani telah memutarbelit[6] Hadis da’if yang disebutkan diatas. Oleh kerana Hadis da’if itu telah ditolak oleh ulama Muhaditheen dan menyalahi hukum falak, Ghulam Ahmad dan pimpinan Qadiani mengakui bahawa mengikut sunnatullah gerhana bulan akan hanya berlaku pada 13hb, 14hb atau 15hb bulan qamari dan gerhana suria akan selalu berlaku pada 27hb, 28hb dan 29hb bulan qamari.

Mereka merobah perkataan dalam Hadis da’if itu untuk membuatkannya lebih menepati hukum falak dan meneruskan penipuan mereka terhadap orang jahil. Mereke berhujah bahawa apa yang dimaksudkan oleh Hadis da’if itu sebagai ’malam pertama bulan Ramadan’, ialah malam pertama dimana gerhana bulan boleh berlaku, iaitu malam ke13; dan ‘pertengahan bulan Ramadan’ pula Hadis itu bermaksud hari yang pertengahan dimana gerhana suria boleh berlaku, iaitu hari ke28.

Itulah cara mereka cuba membuktikan kesahihan dakwaan pemimpin mereka sebagai Imam Mahdi.

 

Gerhana Suria dan Bulan

Bumi, bulan dan matahari bergerak dalam orbit masing masing. Bumi mengelilingi matahari sambil membuat putaran atas paksinya. Satu putaran bumi atas paksinya mengambil masa 24 jam. Dalam masa satu tahun, bumi mengelilingi matahari satu pusingan dalam lebbih kurang 365.25 hari.

Bulan mengelilingi bumi dalam waktu 29.5306 hari, iaitu waktu sinodiknya.

Kedua bumi dan bulan ada bayang bayang yang dalam keadaan tertentu bayang bayang itu akan jatuh keatas satu daripada benda langit itu. Kelihatan daripada bumi, bayang bulan bila terjatuh atas  bumi, matahari akan separa atau sepenuhnya terhalang, berlakulah gerhana suria. Gambarajah 1 menunjukkan bagaimana gerhana suria berlaku. Gerhana suria hanya berlaku pada waktu ijtimak matahari, bumi dan bulan. Ini bermakna gerhana suria akan hanya berlaku pada akhir bulan qamari atau hijri, iaitu sekitar 28hb atau 29hb.

 

Gerhana Matahari 

Bila bulan melintasi bayang bayang  bumi maka akan berlaku gerhana bulan. Gerhana bulan akan hanya berlaku pada masa bulan purnama sahaja. Maka, tarikh yang lazimnya berlaku gerhana bulan ialah pada pertengahan bulan qamari atau hijri, iaitu sekitar 13hb,14hb atau15hb. Gambarajah 2 menunjukkan bagaimana gerhana bulan berlaku. 

Gerhana Bulan

 

Hukum Gerhana

Untuk memudahkan kefahaman mengenai gerhana, Duffet Smith[7] telah menyenaraikan  beberapa ‘hukum’ gerhana saperti berikut:

 

  1. Gerhana bulan akan hanya berlaku pada waktu bulan purnama. Gerhana suria pula berlaku pada waktu ijtimak bulan, bumi dan matahari. Gerhana tidak berlaku setiap bulan.

  2. Sekurang kurangnya berlaku dua gerhana suria setiap tahun(Syamsiyah), tetapi tidak mungkin melebihi lima kali. Bilangan maksimum untuk gerhana suria ialah 3 dalam satu tahun.

  3. Jumlah maksimum gerhana suria dan bulan dalam satu tahun Syamsiyah(Masehi) ialah tujuh.

  4. Gerhana sering berlaku berpasangan atau bertiga: suria-bulan-suria. Gerhana bulan selalu didahului atau diikuti dengan gerhana suria.(Ada 2 minggu diantaranya)

  5. Corak berlakunya gerhana lazim berulang mengikut pusingan 18tahun, 11hari, 8jam, iaitu pusingan ‘Saros’. Coraknya tidak diulangi dengan tepat.

  6. Pada masa gerhana maksimum, matahari dan bulan samaada ada dalam ketika ijimak atau oposisi. Jika sudut diantara garisan noda dan matahari atau bulan melebihi 12o 15¢, gerhana bulan penuh tidak mungkin berlaku. Jika sudut itu kurang daripada 9o 30¢ gerhana bulan mesti berlaku. Jika sudut itu melebihi 18o 31¢ gerhana suria tidak boleh berlaku, walhal, jikanya kurang daripada 15o 31¢ gerhana suria mesti berlaku.

  7. Tempoh satu gerhana bulan adalah saperti berikut:

    • Gerhana penuh boleh paling lama 1 jam 40 minit

    • Untuk fasa umbra, separa-penuh-separa, paling lama 3 jam 40 minit.

  8. Paling lama gerhana penuh, di khatulistiwa, ialah 7 minit 40 saat dan gerhana suria annulus(cincin) adalah 12 minit 24 saat.

 

Daripada kajian hukum falak kita dapat merumuskan:

    • Adalah mustahil untuk bulan digerhanakan pada awal bulan qamari kerana ianya memang tidak akan dapat dilihat pun.  Bulan baru lepas ijtimak dan masih kecil hilalnya. Lazimnya hilal akan dapat kelihatan selepas umurnya sekurangnya 18jam.

    • Untuk suria digerhanakan pada pertengahan bulan qamari, maka bulan perlulah melajukan kelajuan, hampir dua kali, putaran mengelilingi bumi.

 

Untuk memungkinkan kesemua ini berlaku, maka hukum falak dan sunnatullah perlu diubah untuk bulan Ramadan yang berkenaan. Walaubagaimanapun, Allah(swt) telah menetapkan sunnatullahnya sehingga Hari Qiyamat.

 

 

Ketetapan Nas 

 

Terdapat banyak ayat Al Quran mengenai matahari, bumi, langit, cakerawala khasnya dan ilmu falak ‘amnya. Allah(swt) telah mengisyaratkan melalui beberapa ayat mengenai aspek ilmu falak, iaitu pergerakkan sistem suria, yang terdiri daripada suria dan beberapa planet. Hakikat daripada ayat ayat ini ialah Allah telah tetapkan undang undang falak atau Sunnatullah yang mentadbir dan menggerakkan bumi mengelilingi matahari dan bulan untuk mengelilingi bumi.

 

Allah(swt) telah berfirman dalam Al Quranul karim, Surah Yasin:38-40;

 

Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;

Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (Surah Yasin:38-40)

 

Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

(Surah Al Fatir:41)

 

Peredaran bulan dan matahari adalah untuk perhitungan waktu manusia dan perlulah kekal sistemnya selagi manusia wujud di dunia. 

 

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. ..” (Baqarah:189)

 

Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.(Al anaam :96)

 

 Jelaslah bahawa Allah(swt) tidak akan merobahkan hukum alam ini sehingga hari Qiamat.

  

Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah " (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan " Sunnatullah " itu. (Surah Al Fatir:43)

 

 Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Surah Al Qiyaamah:8-9)

 

Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);

Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;(Surah Takwir:1-2)

 

Allah(swt) telah mengisyaratkan bahawa hukum alam atau sunnahtullah, tidak akan berubah sehingga hari kiamat.

 

Gerhana Zaman RasulAllah (saw)

 

Hanya satu gerhana suria dicatitkan didalam sejarah dan Hadis RasulAllah(saw). Peristiwa ini berlaku pada ketika kewafatan putera RasulAllah(saw), Ibrahim pada 29hb Syawal Tahun 10H(bersamaan dengan 27hb Januari 632M), di Madinah.

 

Satu perkiraan dan  simulasi dengan sofwer ‘ Dance of The Planets’ dan ‘ Starry Night’ telah mendapati gerhana suria itu saperti berikut:

 

Fenomena

Waktu

Bermula gerhana separa

0735

Berakhir gerhana separa

0820

Bermula gerhana annular

0825

Berakhir gerhana annular

1015

 

Al-Mughirah ibn Shu'bah telah meriwayatkan dalam Sahih Al Bukhari, bahawa telah berlaku gerhana suria pada zaman Rasullallah (saw), pada hari kewafatan putera Baginda, Ibrahim. Maka orang pun menyatakan bahawa matahari telah gerhana kerana kewafatan Ibrahim.

 

RasulAllah (saw) bersabda, yang bermaksud,” Matahari dan bulan tidak gerhana kerana kematian atau kelahiran seseorang. Apabila kamu melihat gerhana bersolat dan berdoalah kepada Allah(swt)

 

Jelas daripada hadith ini bahawa berlakunya gerhana suria atau pun gerhana bulan adalah suatu kejadian semulajadi yang ditetapkan oleh hukum Allah(swt) atau sunnatullah.

  

Gerhana Berpasangan Ramadan Seluruh Bumi

 

Data gerhana bulan dan suria yang didapati daripada Goddard Space Flight Center, NASA[8] itu telah ditukar tarikhnya kepada tarikh Hijri. Kaeadah yang digunakan ialah menukarkan tarikh Masehi itu kepada tarikh Hijri mengikut taqwim Istillahi.

 

 Kemudian, analisa dibuat untuk mencari kejadian gerhana berpasangan, bulan Ramadan, dari awal epok Hijri, iaitu 1hb Muharram tahun 1 Hijri., sehingga masakini. Oleh sebab data yang diperolehi daripada NASA adalah ramalan  gerhana 5ribu tahun, maka kajian ini telah cuba meramalkan gerhana berpasangan daripada tahun 15hb Julai 622 M( bersamaan dengan 1hb Muharram tahun 1 Hijri) sehingga tahun 3000M bersamaan dengan tahun 2452 H.

 

Hasil kekajian ini ialah satu senarai, Lampiran 1, kesemua gerhana berpasangan,bulan Ramadan, yang berlaku daripada tahun I H sehingga tahun 2431H.  Daripada senarai ini jelas sekali bahawa kejadian gerhana berpasangan ini bukan suatu yang ganjil atau mustahil berlaku. Sehingga tahun 2003M/1424H, telah berlaku sebanyak 158 kali berlaku gerhana berpasangan dan sehingga tahun 3000M/2542H akan berlaku, inshaAllah, 106 kali lagi gerhana berpasangan.

 

Kebanyakkan gerhana itu tidak kelihatan pada tempat yang sama. Umpamanya, bagi gerhana suria tahun 2003, ianya berlaku pada 23hb November 2003M/28 Ramadan 1424H  kelihatan di kawasan selatan bumi iaitu dipersekitaran Australia dan Kutub Selatan  dan gerhana bulan berlaku pada 9 November 2003M/14 Ramadan 1424H pula dapat kelihatan dihampir semua benua di bumi melainkan kawasan Australia, Filipina, Jepun dan sebahagian Lautan Pasifik. Ini bermakna gerhan berpasangan tahun 2003/1424H tidak dapat kelihatan di Makkah keduanya. Hanya gerhana bulan 14hb Ramadan 1424H sahaja dapat kelihatan di Makkah pada waktu bulan ghurub.

 

Kajian yang dibuat oleh McNaughton[9](1996), seorang ahli falak Afika Selatan yang bertugas di Dubai, telah dapat membuktikan bahawa gerhana berpasangan itu bukan sesuatu yang luar biasa. Beliau telah menyenaraikan beberapa gerhana berpasangan bulan Ramadan daripada tahun 998H hingga 1402H. Beliau juga telah menyenaraikan beberapa gerhana berpasangan penuh, yang lebih jarang berlaku, semenjak tahun 1H/622M hingga 1580H/2155M. Walaubagaimanapun, kajiannya tidak meliputi tempoh masa projek ini.

 

 

 

Gerhana Berpasangan Di Makkah

 

Mengikut pendapat Professor Dr Karim Crow[10], seorang pengkaji daripada International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, jika sesiapa hendak melakukan kajian terhadap gerhana berpasangan ini, maka perlulah Makkah dijadikan sebagai tempat fokusnya.

 

Ini bermakna, daripada senarai gerhana berpasangan di Lampiran 1, perlulah di saringkan untuk mendapat gerhana berpasangan yang boleh kelihatan di Makkah sahaja.

 

Data yang terdapat daripada NASA adalah tidak khusus kepada mana mana tempat di bumi. Untuk maksud mencari gerhana bulan yang boleh kelihatan di Makkah, adalah perlu di adakan beberapa perhitungan lain untuk menentukan samada gerhana bulan itu dapat dilihat atau tidak daripada lokasi Makkah, iaitu Latitud 21o 25¢ 32 Utara dan Longitud  39o 50¢ 16 Timor. Walaubagaimanpun, satu sofwer lain, Dance of The Planets, telah digunakan untuk menghasilkan senarai kesemua gerhana suria yang dapat dilihat di Makkah mulai tahun 1H sehingga tahun 2452H.

 

Hasil daripada pemeriksaan itu adalah didapati bahawa kelihatan gerhana berpasangan ini di Makkah amat jarang sekali berlaku di Makkah. Hingga kini, sebanyak 9 kali sahaja gerhana berpasangan yang berlaku dapat kelihatan di Makkah. Malahan, sehingga tahun 3000M/ 2452H, hanya akan berlaku 9 kali lagi. Senarai 1 menunjukkan kesemua gerhana berpasangan yang dapat dilihat di Makkah mulai 1hb Muharram tahun 1 Hijri sehingga tahun 3000M bersamaan dengan tahun 2452 H.

 

 

 

 

 

GERHANA BULAN

 

 

 

GERHANA SURIA

 

Bil

Tahun Masehi

Bulan Masehi

Haribulan

(M)

Tahun Hijri

Bulan Hijri

Haribulan Hijri

Tahun Masehi

Bulan Masehi

Haribulan

(M)

Tahun Hijri

Bulan Hijri

Haribulan Hijri

Jenis

1

678

7

9

0058

09

14

678

7

24

0058

09

29

Am

2

1134

7

8

0528

09

14

1134

7

23

0528

09

29

T

3

1330

7

1

0730

09

13

1330

7

16

0730

09

28

T

4

1460

7

3

0864

09

14

1460

7

18

0864

09

29

T

5

1546

11

8

0953

09

14

1546

11

23

0953

09

29

A

6

1547

10

28

0954

09

14

1547

11

12

0954

09

29

A

7

1633

3

25

1042

09

15