1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Para Tokoh Ilmu Falak

Al Sufi - Tokoh Falak Dunia

Al-Sufi (903-986M) merupakan ahli astronomi Parsi (Iran). Beliau dikenali sebagai Abd ar-Rahman as-Sufi atau Abd al-Rahman Abu al-Hussain atau lebih dikenali sebagai Azophi di Barat. Beliau yang merupakan salah seorang ahli sains Islam dilahirkan pada 7 Disember 903 dan meninggal dunia pada 25 Mei 986. Al-Sufi tinggal di kawasan Emir adud ad-Daula di Isfahan.
Sumbangan al-Sufi
Beliau melakukan tugas menterjemah dan mengembangkan kerja-kerja astronomi Greek, terutama almagest of Ptolemy.Al-Sufi melakukan beberapa sumbangan dalam astronomi pada zaman pertengahan dengan membetulkan senarai bintang Ptolemy dan melakukan anggaran magnitud serta kejelasan yang menyimpang daripada kerja-kerja Ptolemy.

Beliau mengenal pasti Awan Besar Megallanic yang kelihatan di Yaman dan bukan di Isfahan yang tidak dapat dilihat oleh bangsa Eropah sehingga penggembaraan Megellan pada abad ke 16. Beliau merupakan penterjemah utama ke Bahasa Arab mengenai Astronomi Hellenistic yang berpusat di Iskandariah. Beliau memerhati dan dapat mengira tempoh panjang tahun tropika dan menerangkan mengenai bintang, posisi, magnitud dan warna serta menghasilkan keputusan mengenai buruj demi buruj. Beliau menghasilkan dua lukisan bagi setiap buruj, satu dari luar cakerawala dan satu lagi dari sebelah dalam yang dilihat dari Bumi. Beliau telah mengenalpasti galaksi Andromeda M31. Beliau juga berjaya menyenaraikan dan menerangkan dengan terperinci kegunaan astrolab.

Karya-karya al-Sufi
Diantara hasil tulisan beliau yang amat terkenal ialah Kitab Al-Kawakib As- Sabit Al-Musawwar yang menerangkan tentang kedudukan buruj bintang.As-Sufi mengeksplorasi bukan hanya kedudukan bintang tetapi juga kedudukan buruj bagi bintang itu sendiri, menggambarkannya, serta menghurai pantulan sinar dan warnanya. Al-Sufi menulis dalam bahasa Arab walau dia sendiri berbahasa Parsi. Beliau menghitung tahun matahari dengan tepat. As-Sufi juga adalah saintis pertama yang menerangkan tentang kewujudan nebula dan galaksi di angkasaraya. Al-Sufi juga menulis mengenai astrolab dan mencari beberapa kegunaan mengenainya.
Beliau menerbitkan bukunya ‘Book of Fixed Stars’ pada 964, yang memaparkan mengenai kerjayanya dalam bentuk teks dan gambar.

Sumber: Wikipedia

00:00:00

HISAB-RUKYAT
Ilmu Falak
────────────
Awal Bulan
────────────
Arah Kiblat
────────────
Waktu Shalat
────────────
Gerhana
────────────
 
KATEGORI
Buku Falak
────────────
Tokoh Falak
────────────
Karya Falak
────────────
Berita Falak
────────────
Peralatan
────────────
Software
────────────
Artikel
────────────
 
 
 
 
 

FOLLOW ME

Bergabung dengan Droup Facebook RHI Follow Tweeter RHIGroup Diskusi RHI via Yahoo